Testimonial Ostematrix


Setiap kali berborak dengan Nani, Nani sering mengadu sakit bahu kepada saya.  Aktiviti Nani sehari-hari memang lasak sikit, walaupun mempunyai pembantu yang menguruskan perniagaannya, tetapi kadang2 Nani tidak dapat mengelak daripada aktiviti mengangkat barang-barang yang berat. Dengan niat saya untuk membantu Nani, saya cadangkan Nani mencuba Ostematrix, produk Shaklee.



Hari pertama Nani mengkonsumpsi Ostematrix:
"SN, produk ostematrix tu betul2 berkesan. Pagi ni saya bangun, tidak sudah sakit bahu "

Hari ke-5: (Nani membaca kembali brosur Shaklee yang saya berikan)
"SN, produk Ostematrix ni boleh mengurangkan kemurungan pula kan? Patutlah mood saya ok ja sekarang "

Lepas ni, sy akan recommend produk Shaklee kepada kakak saya, kata Nani.

Thank you Shaklee, الْحَمْدُ للّه atas izin اللّهِ produk Shaklee ini berupaya membantu Nani dengan masalahnya.



(Sila klik imej untuk memesan-Halaman Sameera Nafi'ah Collection Enterprise @Facebook)


Vitamin E

Amnya fungsi dan faedah Vitamin E kepada tubuh manusia adalah seperti berikut:

  • Sebagai satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. 
  • Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
  •  Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. 
  • Bagi kaum adam, vitamin E berupaya meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
  •  Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. 
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. 
  • Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. 
  • Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer. 
Bagaimana pula dengan Vitamin E Shaklee ?


Berdasarkan maklumat daripada laman web Shaklee (link), Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran.  Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
  • 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
  •  Membantu dalam memelihara kesihatan baik.
Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

Antara Kelebihan dan Keberkesanan Vitamin E Shaklee

1. Vitamin E melambatkan proses penuaan.  Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik.  Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.  Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.


3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan


4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.


5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka.

6. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Cara makan Vitamin E

Vitamin E merupakan vitamin jenis larut lemak.  Ia memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.  Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Untuk memesan produk Vitamin E Shaklee, sila hubungi kami di sameera.nafiah@gmail.com.


 

 



 

Vitamin dan Suplemen untuk Wanita Hamil


Checklist Untuk Wanita Hamil menurut Islam - Adakah anda melakukanya? - Tertarik dengan tajuknya membawa kami untuk menulis entri mengenai wanita hamil.  Poin ke-4 dalam checklist  ini adalah mengenai faktor kesihatan dan makanan berzat yang amat penting bagi wanita hamil.  

Bagi wanita hamil, set lengkap daripada Shaklee yang membekalkan zat-zat utama ibu hamil adalah seperti berikut:


Peringkat kehamilan terbahagi kepada trimester pertama, kedua dan ketiga.


Trimester Pertama

Trimester pertama adalah 12 minggu sejak hari pertama  terakhir menstruasi.  

Ketika berada dalam tempoh ini, berikut merupakan set makanan yang dicadangkan:

Vitalea 
  • Multivitamin yang tebaik dengan zat besi.  Multivitamin ini amat membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah. 
B-complex 
  • Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuklah asid folic.  
  • Asid folic dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan. 
Vitamin C (Sustained Release Vita C / Chewable Vit C)
  • Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat.  
  • Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C dapat meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
Ostematrix  (Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari.)
Ini adalah kerana bayi akan mula mengambil kalsium ibu dengan lebih banyak bermula trimester kedua. Ostematrix  mengandungi bukan sahaja kalsium malah MAGNESIUM dan VITAMIN D.  
  • Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan tulang dan kerangka. 
  • Menguatkan pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat.  
  • Pengambilannya juga boleh mengurangkan sakit pinggang , sakit belakang , kebas-kebas atau cramp kepada ibu hamil.
ESP - Ia adalah minuman protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung.
  •  Ia penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh. 
  •  Ia penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. 
  • Menambah tenaga kepada ibu hamil.
  • ESP mampu mencantikkan kulit bayi dalam kandungan dan ibu mengandung itu sendiri.

Trimester Kedua dan Ketiga 

Trimester kedua bermula dari kira-kira 13 hingga 27 minggu kehamilan; dan trimester ketiga pada minggu ke-28 kehamilan sehingga kelahiran. 

Teruskan pengambilan vitamin dan suplemen yang disebutkan di atas dan bagi tempoh trimester kedua dan ketiga ini, ibu hamil bolehlah mengamalkan pemakanan OMEGA GUARD dan Sustained Release Vita C 500mg ( boleh diganti dengan Chewable Vit C 100mg tetapi dengan pengambilan 3 hingga 5 biji sehari bagi melengkapkan pengambilan vitamin C dalam badan)

Omega Guard - Meggalakkan perkembangan otak, sistem saraf dan fungsi mata bayi daripada kandungan DHA dan EPA dalam produk ini.





Apa itu Gout ?

Gout adalah sejenis penyakit Artritis yang seringkali menyerang lelaki dan sebahagian wanita terutama apabila berada dalam lingkungan umur 40-an.  


Penyakit gout menyerang pesakit disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi dalam darah.  Kandungan asid urik yang tinggi dalam darah menyebabkan ia tidak dapat larut sehingga ia membentuk kristal pada sendi badan. 

Makanan yang tinggi kandungan purin merupakan penyebab kehadiran asid urik yang tinggi dalam darah kita.  Makanan yang tinggi purin adalah seperti ikan bilis, ikan sardin, hati, ikan kembung, yis dan sweetbread

Sumber: http://www.dvssel.gov.my/news/gout.htm

Sumber: Malaysian Societyof Rheumatology: http://www.msr.org.my/article.php?aid=9

 

Set Shaklee untuk Gout

Secara klinikal, sakit gout diubati melalui ubat-ubatan.  Ada dua kategori ubat iaitu ubat-ubatan yang diberi ketika masih diserang gout dan ubat-ubatan untuk rawatan jangka panjang. Ubat seperti non steroidal anti-inflammatory drug (NSAID), colchicine dan cortisteroids diberikan semasa serangan terjadi. Ia akan mengawal bengkak dan kesakitan.

Rawatan jangka panjang pula membabitkan ubat-ubatan untuk mengawal tahap asid uric dalam darah dengan menyekat penghasilannya. 

Sebagaimana yang difahami gout menyerang disebabkan pleh kandungan asid urik yang tinggi dan tidak berupaya untuk larut dalam darah kita.  Oleh itu adalah penting untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah kita.  Set Shaklee yang boleh membantu untuk penyakit gout adalah Alfalfa, Performance Drink, Omega Guard dan Advance Joint Health Tablet.

Mari kita lihat fungsi setiap suplemen ini:

  • Alfalfa - Menyingkirkan toksin dari badan (termasuk toksin dalam darah).  Ia juga menyingkirkan asid urik dalam darah.
  • Performance Drink - Mengekalkan kandungan bendalir / air dalam badan.  Walaubagaimanapun adalah dinasihatkan untuk mengamalkan pemgambilan air minum dalam 2 - 3 liter sehari.  
  • Omega Guard & Advanced Joint Health Tablet - Utuk mengurangkan radang pada sendi dan memberikan keselesaan pada sendi.




Apakah definisi makanan tambahan?

Makanan tambahan menurut USFDA ialah makanan kesihatan yang mengandungi vitamin dan mineral dalam bentuk pil, cecair atau minuman herba.  Mengambil makanan tambahan tidaklah salah terutama untuk wanita yang menghadapi masalah haid yang terlalu banyak, mengandung atau bersalin dan usia lanjut.  Anda perlu berhati-hati untuk memilih jenis produk makanan kesihatan. Pilihlah yang terbaik dan telah terbukti keberkesanannya kepada kesihatan penggunanya.

Beberapa panduan diperlukan untuk mereka yang gemar mencuba produk makanan tambahan yang terdapat di pasaran.
  • Mengapakah anda perlu mengambil makanan tambahan?
  • Tahukah anda, apa yang terkandung dalam makanan tambahan itu?
  • Adakah produk makanan tambahan ini berisiko atau mengandungi kesan sampingan pada diri anda?
Marilah kita bersama-sama meneliti keratan akhbar Utusan Online bertarikh 19 Februari 2013 mengenai makanan tambahan dalam kehidupan.

"Pakar pemakanan dari Hospital Pakar Perdana KPJ, Kelantan, Rose Hanizan Mat Hassan berkata, suplemen merupakan makanan tambahan bukannya sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian sebagaimana tanggapan individu selama ini."
...
"“Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C, bagus untuk kulit serta vitamin E, asid amino, zink dan sebagainya.

‘‘Makanan tambahan seperti itu yang kita perlukan dan diambil setiap hari untuk memestikan kulit cantik dan gebu. Cara pengambilan adalah bergantung kepada pengguna. Sama ada melalui minuman atau kapsul," jelas Rose Hanizan.

Tambah Rose Hanizan lagi, sekiranya seseorang ingin memilih makanan tambahan untuk diri sendiri, individu tersebut perlu pastikan kenapa dia perlu mengambil makanan tambahan tersebut dan kepentingan suplemen tersebut kepada kesihatannya.

“Kita perlu tahu adakah penting suplemen tersebut untuk penyakit yang kita hadapi. Kita perlu ingat makanan tambahan tidak akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia boleh membantu mengekalkan kesihatan.

‘‘Kandungan nutrisi dalam setiap makanan tambahan yang diambil juga penting untuk diketahui dan perlu dipastikan ia mematuhi piawaian Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia 2005."
...
"Kandungan nutrisi daripada makanan tambahan merupakan nutrien surih yang badan perlukan kerana ia bukan makanan utama seharian kita tetapi memainkan peranan penting kepada badan kita."
...

Makanan Tambahan Shaklee 

Bagi produk Shaklee pula, jika anda telah membeli produk ini, anda akan melihat kelulusan produk Shaklee daripada Kementerian Kesihatan Malaysia seperti di gambar di bawah.

Berikut pula merupakan fakta status HALAL Shaklee
  • Shaklee diiktiraf HALAL oleh Islamic Services of America (ISA) 
(Sijil HALAL Shaklee)http://www.shaklee.com.my/img/content/Image193430287.pdf
  • ISA merupakan merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.





Shaklee: CoQHealth™ Plus



ID: 991301
CoQHealth™ Plus yang ditunggu-tunggu sudah berada di Malaysia!

CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietary semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

CoQ10 telah didapati:

• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

FAQ MENGENAI COQHealthTM Plus:

Q. Apa itu CoQ10?
A. CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk sel berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk berfungsi seperti organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pancreas.

Q. Kenapa CoQ10 penting untuk tubuh kita?
A. CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh untuk menghasilkan tenaganya sendiri agar berfungsi dan melanjutkan kelangsungan hidup. Untuk menghasilkan tenaga, sel tubuh membakar gula dan lemak yang kita makan dan ditukarkan kepada tenaga. Proses penukaran tenaga ini berlaku beribu-ribu kali sesaat dan mememerlukan CoQ10. Tanpa CoQ10, sel tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ-organ tidak dapat berfungsi dengan baik.

Yang lebih penting, CoQ10 membantu menguatkan otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredarah darah ke seluruh badan. CoQ10 juga menyokong integriti antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah yang normal dan sihat.
Selain itu, CoQ10 bertindak sebagai antioksidan kuat yang membantu melindungi arteri daripada masalah pengoksidan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL). Ini adalah penting untuk menyokong kesihatan dan fungsi saluran darah, termasuk saluran darah bagi pengaliran darah ke jantung.

Q. Siapa yang mungkin mendapat manfaat mengambil CoQ10Health?
A. Individu yang berumur 18 tahun ke atas yang sangat mengambil berat terhadap fungsi jantung dan kesihatan arteri tubuhnya.

Lelaki dan wanita dewasa yang mengambil perubatan doktor, yang merendah kadar CoQ10 dalam badan, juga boleh mendapat manfaat CoQHealth ini. Sebenarnya, kajian menunjukkan mengambil suplemen 100 mg CoQ10 sehari dapat membantu menambah dan memelihara kadar CoQ10 dalam darah.

Q. Siapa yang TIDAK PATUT mengambil CoQ10Health?

A. CoQHealth bukan untuk diambil oleh perempuan yang hamil dan menyusukan bayi dan bukan juga untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. Jika anda mengambil perubatan yang menipiskan darah atau perubatan tekanan darah, sila konsult doktor anda sebelum mengambil produk ini.

Q. Berapa banyak koenzim CoQ10 dibekalkan oleh CoQHealth?

A. CoQHealth mengandungi 28 mg CoQ10 setiap kapsul.

Q. Bolehkah saya terus mengambil produk Shaklee lain yang menyokong kesihatan jantung seperti OmegaGuard®, Fiber Plan, etc.— bersama dengan CoQHealth?
A. Ya, mengambil tambahan CoQHealth bersama dengan produk Shaklee lain adalah satu cara untuk membantu memastikan anda mengambil langkah yang menyeluruh untuk memelihara kesihatan sistem kardiovaskular anda.

Q. Bila dan berapa banyak sepatutnya saya mengambil CoQHealth?
A. Untuk kesan yang baik, ambil produk seperti yang disarankan: 1 kapsul sehari selepas makan.

Q. Adakah CoQHealth tidak mengandungi gluten?
A. Ya. CoQHealth adalah tanpa gluten.

Q. Berapa lama jangka hayat CoQHealth?
A. 24 bulan.

Q. Apakah perbezaan CoQhealth dengan sumber CoQ10 daripada jenama yang lain?
A. Perbezaan Shaklee
Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28 mg CoQ10 di dalam COQHealthTM Plus, anda perlu memakan hamper 1.7 Kg ayam atau 28 cawan brokoli.
Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.

Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah an jantung)

CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi terdapat pada masa kini, daripada yis yang ditapai, yang sumbernya telah diuji dan diyakini ramai dan mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10-nya.

Kesihatan merupakan satu aspek paling penting dalam intipati kehidupan kita. Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW ada menyebut ' perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit '.  Ironinya juga, kebanyakan masalah kesihatan di Malaysia adalah berpunca daripada tabiat makan kita sehari-hari. 

Allah SWT berfirman, bermaksud: "Makanlah dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan." (Surah Al-A'raf: 31) dan "Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan dan syaitan itu kufur dengan Tuhannya." (Surah Al-Israk: 27)

Demikianlah Islam mengajar kita dari salah satu akar umbi untuk kesihatan kita.  Kadangkala, kita sedia maklum akan akibat jika tidak ada aspek pemilihan berhati-hati dalam makanan kita.  Akan tetapi, sudah menjadi lumrah manusia alpa dan terlalu mengikut nafsu makan semata-mata.  Lihat saja, betapa banyak penyakit kronik seperti diabetes mellitus (kencing manis) dan hipertensi (darah tinggi) berpunca daripada pemilihan dan jumlah makanan tidak betul. 

Sebuah kesihatan yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia adalah merupakan satu nikmat yang sangat besar dan tiada tandingan nilainya.  Ia merupakan satu nilai yang tidak dapat dikira atau dibeli dengan wang.  Semasa kita sihat walafiat, kita alpa untuk mengucapkan kesyukuran atas sebuah nikmat kesihatan.  Cuma apabila kita dilanda penyakit, baru la kita merasa ditegur, dan berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kesihatan.  Demikianlah lumrah kehidupan manusia.

Dalam surah Al-A’raf ayat 168, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan, Kami cuba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).”

Melihat firman Allah di atas, jelas bahawa pelbagai penyakit yang menimpa umat Islam itu adalah sebahagian daripada cubaan ataupun ujian Allah yang diberikan kepada hamba-Nya.  Sesungguhnya cubaan dan ujian itu adalah sunnatullah yang telah ditetapkan berdasarkan rahmat dan hikmah-Nya, di mana di dalamnya terkandung kebaikan dan rahmat bagi hamba-Nya.  Harus kita ingat bahawa Allah memberikan hidayah dan taufik kepada setiap hamba-Nya dengan jalan yang berbeza-beza. Salah satunya dengan mendatangkan musibah sakit kepada hamba-Nya.



top