Makanan Tambahan

Apakah definisi makanan tambahan?

Makanan tambahan menurut USFDA ialah makanan kesihatan yang mengandungi vitamin dan mineral dalam bentuk pil, cecair atau minuman herba.  Mengambil makanan tambahan tidaklah salah terutama untuk wanita yang menghadapi masalah haid yang terlalu banyak, mengandung atau bersalin dan usia lanjut.  Anda perlu berhati-hati untuk memilih jenis produk makanan kesihatan. Pilihlah yang terbaik dan telah terbukti keberkesanannya kepada kesihatan penggunanya.

Beberapa panduan diperlukan untuk mereka yang gemar mencuba produk makanan tambahan yang terdapat di pasaran.
  • Mengapakah anda perlu mengambil makanan tambahan?
  • Tahukah anda, apa yang terkandung dalam makanan tambahan itu?
  • Adakah produk makanan tambahan ini berisiko atau mengandungi kesan sampingan pada diri anda?
Marilah kita bersama-sama meneliti keratan akhbar Utusan Online bertarikh 19 Februari 2013 mengenai makanan tambahan dalam kehidupan.

"Pakar pemakanan dari Hospital Pakar Perdana KPJ, Kelantan, Rose Hanizan Mat Hassan berkata, suplemen merupakan makanan tambahan bukannya sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian sebagaimana tanggapan individu selama ini."
...
"“Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C, bagus untuk kulit serta vitamin E, asid amino, zink dan sebagainya.

‘‘Makanan tambahan seperti itu yang kita perlukan dan diambil setiap hari untuk memestikan kulit cantik dan gebu. Cara pengambilan adalah bergantung kepada pengguna. Sama ada melalui minuman atau kapsul," jelas Rose Hanizan.

Tambah Rose Hanizan lagi, sekiranya seseorang ingin memilih makanan tambahan untuk diri sendiri, individu tersebut perlu pastikan kenapa dia perlu mengambil makanan tambahan tersebut dan kepentingan suplemen tersebut kepada kesihatannya.

“Kita perlu tahu adakah penting suplemen tersebut untuk penyakit yang kita hadapi. Kita perlu ingat makanan tambahan tidak akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia boleh membantu mengekalkan kesihatan.

‘‘Kandungan nutrisi dalam setiap makanan tambahan yang diambil juga penting untuk diketahui dan perlu dipastikan ia mematuhi piawaian Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia 2005."
...
"Kandungan nutrisi daripada makanan tambahan merupakan nutrien surih yang badan perlukan kerana ia bukan makanan utama seharian kita tetapi memainkan peranan penting kepada badan kita."
...

Makanan Tambahan Shaklee 

Bagi produk Shaklee pula, jika anda telah membeli produk ini, anda akan melihat kelulusan produk Shaklee daripada Kementerian Kesihatan Malaysia seperti di gambar di bawah.

Berikut pula merupakan fakta status HALAL Shaklee
  • Shaklee diiktiraf HALAL oleh Islamic Services of America (ISA) 
(Sijil HALAL Shaklee)http://www.shaklee.com.my/img/content/Image193430287.pdf
  • ISA merupakan merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.





0 comments:

Post a Comment

top